Sunday, December 27, 2009

KEMALANGAN BAS SANI EXPRESS 26 DIS 09


Kenderaan dipandu pada kelajuan 91 km/j

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Bas Sani Express yang terlibat dalam nahas maut di Kilometer 272.8, Lebuhraya Utara-Selatan, awal pagi tadi, dirakam bergerak dengan kelajuan 91 kilometer sejam (km/j) ketika kejadian.

Ketua Pegawai Eksekutif Sani Express Sd. Bhd, Mejar (B) Abu Bakar Mohammad berkata, rekod kelajuan bas yang baru berusia tiga bulan itu diperolehi menerusi rakaman kelajuan setiap bas yang dibuat di ibu pejabat syarikat tersebut.

"Siasatan dalaman yang turut dilakukan melalui sistem kedudukan global (GPS) mendapati bas berkenaan bergerak mengikut kelajuan ditetapkan iaitu di bawah 97 km/j.

"Pihak syarikat telah menetapkan kelajuan bas di bawah kelajuan tersebut dengan memasang alat yang dipanggil speed limiter (penghad kelajuan)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Begitupun tambah beliau, syarikat berkenaan akan melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca nahas selain bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Abu Bakar memberitahu, pihak syarikatnya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

Katanya, syarikat berkenaan akan menyediakan peruntukan khas bagi setiap keluarga mangsa.

"Bantuan itu diberikan bagi meringankan beban keluarga mangsa. Sani Express akan menghubungi setiap keluarga bagi menyalurkan bantuan tersebut dalam masa terdekat," ujarnya.

Add to Google

di petik utusan:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

1 comment:

  1. Al-Fatihah kepada mangsa..dalam kejadian seperti ini sudah banyak berlaku,siapa yang patut dipersalahkan???

    ReplyDelete